Friday, August 19, 2011

Kenapa perempuan suka kumpul handbag dan kasut?

Ramai lelaki pasti tertanya-tanya dengan tindakan perempuan yang satu ini. Saya pun kadang-kadang tidak tahu mahu menjawab apa, bila ayah, dan Encik Boyfriend tanya kenapa saya suka beli kasut padahal, sekali pakai, satu pasang je, bukan 2,3 pasang. Sama juga halnya dengan handbag, ada banyak, sekali pakai, satu jugak. Saya pantang tengok kasut yang comel, pasti tangan rasa gatal je nak beli, handbag pun sama, kalau nampak yang berkenan, tapi, tak beli, memang terbawa dalam mimpi lah jawabnya! Bagi saya, perempuan sukakan kasut dan beg tangan kerana ia akan menambah seri kepada penampilan mereka. Jadi, tidak salah kan kalau perempuan mempunyai beg dan kasut yang banyak? :) Saya juga mengikut perangai mama saya, hobi kami sama, mengumpul kasut dan handbag. Setiap kali keluar, mesti pakai kasut yang lain-lain. Hihi. Tapi, champion kasut paling banyak dalam rumah itu sudah tentunya, mama saya! Rak kasut sampai 3 dekat rumah, yang conquer adalah mama. Saya side kick je. Hihi. Yang penting, kita mesti pakai semua kasut yang kita beli itu walaupun satu satu. Kalau tidak, ia akan rosak dalam kotak. Seperti mana yang pernah saya alami sebelum ini :(

No comments:

Post a Comment